Oil Painting Rain of Hope
Inilah koleksi lukisan minyak Mas yang terakhir bersaiz besar ukuran lebih kurang 68cm x 99cm (tanpa bingkai gambar), amat sesuai untuk diletak di bahagian titik tumpu - Rain of Hope.
Sama ada dipamerkan di ruang tamu, bilik utama atau mungkin ruang tv. Banyak orang bertanya mas, kenapa lukisan minyak?
Pembaca semua, lukisan minyak ni lebih natural atau asli berbanding yang dicetak menggunakan komputer atau teknik super impose yang lain. Bagi mas, bila kita membingkaikan (frame) gambar, tidak perlu meletakkan cermin kerana lukisan ini akan mempamerkan karakter yang sendiri.
Kemudian, bila sudah berdebu, sama ada kita menggunakan bulu ayam atau mengambil kain dengan mengelap bahagian permukaan cat tersebut. InsyaAllah tidak akan luntur warna tersebut...jangan la guna berus dawai umpama membasuh baju pula huhuhuhuh.
Rain of Hope ini bertema abstrak natural, sesuai untuk konsep moden kontemporari. Walaupun abstrak, campuran dan kombinasi warna tidak serabut. Begitu juga "stroke" dan teknik mewarna yang berbeza-beza di atas kanvas seni.
Mewakili dirinya, pelukis yang sama menghasilkan Secret of Three, Spin of Galaxy dan yang ini, Rain of Hope.
Mas juga mengambil peluang ini memohon maaf jika harga yang Mas letakkan agak murah atau sedikit sebanyak menggangu pasaran kita di Malaysia. Bukan niat Mas merosakkan harga standard yang dilakukan, almaklum kebanyakan lukisan tersebut Mas dapatkan dari luar negara di mana kos sara hidup mereka rendah berbanding di Malaysia.
Umum atau kebiasaannya lukisan sebesar ini untuk pasaran tempatan Malaysia, minimumnya adalah sekitar RM3000 dan ke atas. Jadi terpulang, anda boleh buat keputusan bergantung kepada minat anda pada profil pelukis juga tidak menjadi kesalahan. Hobi adalah satu yang unik bukan.
Rain of Hope
Size excluding frame: 68cm x 99cm
Konsep: Moden / Kontemporari / Abstrak 3D
Asas: Cat Minyak
Harga: RM788 (tiada frame/bingkai - tidak termasuk kos penghantaran)
COD: Bangi / Kajang / Putrajaya



