Terapi Urut Guasa
Kaedah Terapi Urut Guasa merupakan satu Kaedah Terapi Tradisional yang teristimewa di antara pelbagai kaedah perawatan dan perubatan tradisional berasal dari negeri China yang lain seperti Kaedah Terapi Akupuntur, Bekam dan Urutan. Kaedah Terapi Urut Guasa adalah salah satu dari Teori Perawatan Meridian dan Kaedah Akupuntur negeri China yang telah terbukti keberkesanan dan mempunyai pengalaman klinikal yang kukuh oleh pengamalnya.
Kebaikan Senaman Guasa
Kebaikan Senaman Guasa
- mempertingkat proses metabolism
- mempertingkatkan sistem peredaran darah di dalam badan
- meransangkan sel-sel badan dengan membekalkan oksigen yang mencukupi
- mempertingkatkan sistem immunisasi badan
- mencantikkan kulit dan melambatkan proses penuaan
- menyelaraskan urat saraf
Tanduk Kerbau:
Papan guasa berwarna hitam ini diperbuat daripada tanduk kerbau, manakala yang berwarna kuning coklat diperbuat daripada tanduk seladang. Kedua-duanya mempunyai kebaikan yang sama saje. Permukaan tanduk telah diasah sehingga permukaannya menjadi licin bagi tujuan urutan guasa.
Pengguna boleh melakukan teknik urutan guasa tanpa menanggalkan baju kerana permukaan yang telah dilicinkan atau boleh digunakan dengan sebarang minyak urut bagi menggunakan kaedah urutan sentuhan terus dan secara langsung ke badan pengguna.
Pengguna boleh melakukan teknik urutan guasa tanpa menanggalkan baju kerana permukaan yang telah dilicinkan atau boleh digunakan dengan sebarang minyak urut bagi menggunakan kaedah urutan sentuhan terus dan secara langsung ke badan pengguna.
Dua bentuk yang berlainan tetapi mempunyai peranan yang sama. Bahagian yang rata digunakan pada tahap permulaan guasa atau urutan ke atas badan yang lebih serata dan tekanan yang rendah pada bahagian tubuh. Manakala bahagian bucunya atau lengkungan yang boleh kita condongkan semasa mengurut, boleh digunakan jika pengguna mahukan tekanan yang lebih kuat dari yang biasa.
Kenapa badan akan merah apabila menggunakan GUASA?
Kebiasaannya tempat di mana badan kita diurutkan berkali-kali akan meninggalkan kesan merah di badan seperti kulit yang "pecah darah". Mengikut pandangan pengamal urut guasa ini merupakan "angin" dan "toksin" yang terkumpul di badan dan dipecahkan dan di alirkan keluar. Kesan ini akan hilang sendirinya dan tanpa meninggalkan parut luka dan sebagainya. Jadi jangan bimbang ye kalau ada timbul "lebam merah".
Badan akan merasa lebih ringan selepas mengurut kerana ion-ion negatif di dalam badan telah dikeluarkan melalui urutan yang berkali-kali daripada papan guasa yang bersifat cas positif.
Selamat Berguasa!!!
Selamat Berguasa!!!