Simpan dalam bentuk EMAS, bukannya TUNAI!
Sebelum saya berkongsi kesedaran kepentingan menukarkan Tunai kepada Emas, saya ingin kita sama-sama tuning kepada pemikiran yang sama. Saya sajikan anda dengan video ini, saya rasa ianya tepat menggambarkan KENAPA EMAS...WHY NOT CASH?
Itulah yang saya ingin tunjukkan, pegangan duit tunai, atau fiat currency kita semakin hari semakin susut. Biar saya meyelami kehidupan kita yang pernah membonceng motosikal, sekali kita mengisi minyak, dahulunya RM3 sudah penuh tangki, sekarang RM5 pun belum tentu. Begitu juga pada yang sudah berkeluarga, untuk kita mambayar satu troli barangan di pasar (jika sebulan sekali membeli stok), duit RM300 pun rasa tak cukup berbanding dua tahun dulu, RM150 pun sudah penuh satu troli.
Saya berkongsi cerita tentang sahabat saya, setelah mendengar penerangan saya 3 tahun lalu,memulakan dengan membuka simpanan Tabung Haji untuk anaknya yang baru lahir. Almaklum, ramai saudara mara, kenalan dan keluarga memberi duit kepada anak tersebut...maka bermulalah episod simpanan untuk bayi tersebut. Dengan harapan, di usianya menjangkau umur 23 tahun selepas tamat belajar di universiti dapat mengerjakan haji...bayangkan lebih 20 tahun lagi. Jika sekarang, kos untuk mengerjakan haji, pakej minimum sekitar RM11 atau RM12 ribu, bayangkan 20 tahun akan datang...anda rasa harga pakejnya tetap sama,atau naik cuma 10-20% sahaja.... Berkemungkinan besar waktu itu pakej minimum ialah RM20 ribu...itu tidak mustahil kerana kos hotel/penginapan di Mekah sentiasa naik setiap tahun, belum lagi di kira kos penerbangan akibat kenaikan kos bahan api...masyaAllah saya bukan ingin menakutkan anda,tapi ingin kita sama-sama merancang..sekurang2nya, duit yg kita simpan hari ini di saat tiba masanya anak tersebut ingin menggunakan, NILAI DUIT NYA MASIH SAMA!!!!!!
Inilah bahasa mudah yang selalu di complicated oleh bahasa orang putih, Hedging against inflation...maksudnya, penurunan duit fiat kita akan turun disebabkan harga persekitaran kita melonjak tinggi. Macammana nak kejar kenaikan inflasi? Mogok minta gaji lebih? Buat part time? (persoalan, adakah antara kita ni ada ke "time"???, last sekali no time)....peluang apa yang ada untuk kita setaraf dengan kenaikan inflasi? Maksud saya di sini, harta iaitu duit yg kita ada, jika di simpan di bank, nilainya setiap tahun akan turun, dapat 8% setahun, inflasinya 3-4% setahun....erk...erk...macam orang simpan fixed deposit ajalahkan....hmmm...ada solusinya..nanti saya jelaskan dalam posting seterusnya...follow me ok!