Sijil Emas atau Buku Akaun Emas?

Banyak orang bila ingin menyimpan dalam bentuk emas, terus fikirkan cara selamat, maka berurusan lah mereka dengan pihak bank yang menawarkan Buku Akaun Emas (Gold Pass Book) antaranya ditawarkan oleh Public Bank dan Maybank.

Manakala yang lebih malang, akan membeli emas pada kertas atau sijil sahaja, persoalan yang perlu di tanya dalam diri

Adakah anda memiliki Emas Maya/Paper Gold/Virtual Gold atau

anda memiliki Emas secara fizikal

  Skim emas maya atau emas yang hanya bercetak di kertas ini hanyalah sekeping kertas yang menggantikan kepada emas fizikal..di ulang..hanya sekeping kertas.


Contoh kategori emas kertas ini seperti passbook gold accounts, pool accounts, futures accounts and yang terkenal seperti ETF  atau exchange-traded funds.

Antara yang popular yang ingin saya nyatakan,

Maybank - Gold Investment Account

HARGA BELIAN

- Harga se gram di saat saya membeli adalah harga SELL yang di tawarkan di saat kita membuat pesanan belian. Harga tersebut adalah tertakluk keseluruhannya atas kehendak bank berdasarkan faktor yang relevan termasuk harga emas dunia dan tempatan, kadar tukaran wang asing antara USD dan RM and ketulinan emas. 

- Bank tidak akan berada di bawah apa-apa kewajipan dan / atau liabiliti dalam apa-apa hal keadaan sesuai mengetepikan ditetapkan dan / atau memperuntukkan apa-apa emas untuk masa ini dari semasa ke semasa yang dipegang oleh Bank kepada saya dan / atau mana-mana Maybank Gold Investment Account saya dan saya tiada hak dan pada masa yang singkat berhak kepada permintaan 

atau lebih tepat Mas nak cakap kat sini..jika kita tak memegangnya secara fizikal, kita tidak memiliki emas tersebut, hanya ada tulisan dan angka sahaja tercatat dalam buku akaun tersebut.



Oleh itu, kita hanya akan mendapat keuntungan apabila harga emas tersebut meningkat sahaja. Jika harga turun, maka kita akan kerugian ler...lagipun kita tidak mendapat apa-apa dividen atau faedah dari simpanan di dalam akaun passbook ini dan lebih menyayat hati, simpanan kita tidak dilindungi oleh PIDM - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)." — sumber dari : The Edge, http://www.theedgemalaysia.com/personal-finance/195378-gold-investment-accounts-revisited.html

Persoalan akhirnya, selamat kah duit kita bila menukarkan emas dalam bentuk Gold Passbook Account atau Buku Akaun Emas anda...tepuk dada dan tepuk dahi..kan Mas sudah jelaskan..simpan atau beli dalam bentuk fizikal lebih menguntungkan!
  

Popular Posts

Follow Us On Facebook

Follow Us On Instagram @kedaimaserra