Emas Genneva ke tu?
Alhamdulillah, baru balik dari pejabat pos untuk penghantaran barang kepada customer. Ada yang order barangan tanduk (sikat rambut tanduk yang semakin hari semakin banyak jualannya - rezeki dari alam). Seronok bekerja dari rumah..tak perlu fikir tentang traffic jem, mengadap muka bos dan fikir lagi tentang trafik jem bila balik rumah...
Tak salah bekerja, tapi luangkan sedikit masa bagaimana nak tambah pendapatan sambil kita bekerja...dan tentunya yang tidak mengambil masa kita yang banyak...
Tetiba ada ada sahabat minta bacakan berita yang dipaparkan di Harian Metro (Sabtu - 22/09/2012) atau linknya di sini http://www.hmetro.com.my/articles/RugiRM10bilion/Article, lalu bertubi-tubi mesej whatsapp di hantar ke handphone saya...kebetulan saya baru juga membeli akhbar Harian Metro.
Rupanya mereka nak saya baca tentang Emas yang ada kaitan dengan Genneva.
Sebenarnya BUKAN!! BUKAN GENNEVA MALAYSIA SDN BHD, akhbar ni kalau dibaca oleh pembeli emas Genneva akan terkejut dan boleh menyebabkan mereka lemah jantung huhuhuhu. Macam yang saya katakan tadi...gimik surat khabar untuk melariskan jualan mereka. Mana taknya, perkataan negara Geneva dengan Syarikat Genneva...hampir sama kan?
Untuk pengetahuan umum, syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (GMSB) berpusat di Malaysia, beralamat di Kuchai, Kuala Lumpur. Sehingga hari ini terdapat 11 cawangan dan wakil di seluruh negeri di Malaysia, antaranya:-
- Penang
- Perak
- Selangor
- Melaka
- Johor
- Sabah
- Sarawak
- Alor Setar
- Sitiawan
- Seremban
- Sibu
- China
- Hong Kong
- Indonesia
- Singapore
- The Philippines
Jika di lihat dari sudut perkembangan, pembangunan dan kemajuan syarikat GMSB, tidak hairan akan menawan negara-negara asia tidak lama lagi.
Berbalik semula dengan cerita di Harian Metro, mudah sahaja, tanyalah pakcik Google
Jadi sudah nampak tak, di atas adalah sebahagian daripada syarikat pelaburan emas, yang mana pendeposit menerima pulangan tinggi sehingga 10% -15% sebulan, ia umpama kita membeli saham emas juga...dan kita tidak memiliki atau memegang emas fizikal di tangan.
Pada yang sukakan risiko dan tidak kisah tentang kemungkinan yang menakutkan bakal di hadapi...High risk and high return, cuma setakat mana risiko yang sanggup di pegang oleh pelabur, terpulang mengikut selera masing-masing yang selalu kita termakan sebagai "risk appetite". Keuntungan tinggi dan risiko tentulah tinggi. Bayangkan jika kita tidak mempunyai kawalan ke atas duit yang telah kita laburkan itu? Bayangkan juga 2 perkara ini:-
- Sekatan akses kepada laman web tersebut di Malaysia? Terpaksalah pelabur ini ke negara jiran untuk mengeluarkan duit mereka, itu pun jika semudah itu...ataupun
- Server di negara Panama tersebut di tutup? Ini bermakna duit anda terus "shut-down" macam server mereka juga..alamak!!! termenung lah kita 7 hari 7 malam sambil meletakkan tangan di dahi...waktu itu...menyesal tak dengar cakap Mas..huhuhu (gaya menangis dalam hati)
Di sini, Mas ingin berkongsi GMSB merupakan syarikat jual-beli emas biasa sahaja atau lebih mudah faham..KEDAI EMAS.... BUKAN SYARIKAT PELABURAN yang anda gambarkan. Kita beli emas ikut harga harian di sini, Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia atau Gold Bullion Entepreneour Association of Malaysia (Gold BEAM)..di website www.goldbeam.org.my.
Maksudnya, beli emas..dapat lah emas jongkong macam ni..dan setiap bulan dapat lagi HIBAH....ha apa tu HIBAH pula ni Mas....nanti Mas akan tunjukkan cara keuntungannya melalui hadiah yang diberikan oleh syarikat GMSB...walaupun tidak dijanjikan oleh syarikat...tetapi syarikat GMSB sentiasa baik hati bagi hibah tiap-tiap bulan...never fail!!!...eee bestnya!
Kalau di luar sana, kedai-kedai emas bertaburan di pasaraya...ha! samalah tu..bayar duit, dapat emas..bezanya...(tunggu!!! Mas akan ceritakan...tentulah di sini lebih kebaikan)...follow me!!!
Salah satu cawangan Kedai Emas Genneva:-
Pada yang tak sabar, cari no telefon kami atau usahawan yang berdaftar di web kedai-maserra ni...tanya mereka!!!!